Rabu, 02 Desember 2009

Prfofesionalime Guru Dalam pengajaran & Pembelajaran

SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
GGGC 6423

Tajuk :
Profesionalisme Guru Dalam P&P


Pensyarah
Dr. Mohd Aderi Che Noh


Disediakan oleh :
Engkizar Bin Martias (P 51186)


Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


1.0 Pengenalan
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges. Leo Buscaglia dalam Boon Pong Ying (2009)

Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi 1990)


Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999).
Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru segala perancangan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan terbengkalai begitu saja. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufean Hussin (2005 dalam Mohammed Sani 2007) guru merupakan pelaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Dengan kata lain, guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran mereka dalam pendidikan formal yang mana guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat (Mohammed Sani 2007).

Sebagaimana yang diketahui, peranan guru masa kini semakin mencabar. Maka guru perlu sentiasa menjunjung etika perguruan dan menjadi model akhlak yang baik kepada anak didiknya. Menurut Jamiah et al.(2007),dalam konteks pendidikan bersepadu, guru harus mempunyai daya jihad yang mantap untuk menangani cabaran di dalam organisasi sekolah khususnya. Guru yang boleh digelar sebagai muaalim yang berkepakaran dalam bidangnya, mudarris yang gigih mengajar, mu’adib yang mengamalkan adab dan nilai murni, murrabi yang sentiasa menyeru kepada kehidupan bertuhan, murshid yang menampakkan daya kepimpinan yang menyeluruh dan sebagai seorang yang sentiasa menunjukkan teladan yang baik dari segi tingkah laku dan perbuatan (khudwah hasanah).

Dari beberapa pendapat dan definisi di tas tegasnya dapat disimpulkan bahawa guru merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekedar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.

Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini maka guru perlu kompeten dengan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sepertimana kata Sufean Hussin (1996), ” Guru pada ketika yang sama adalah pelajar. Ia perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional, cekap, berkesan dan humanistik”.

2.0 Konsep P&P
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. pembinaan potensi insan dalam semua aspek-rohani, kognitif, afektif dan fizikal dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu. Berdasarkan Perspektif Persepadu Sejagat, matlamat asas pendidikan baik di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah rnenengah adalah untuk memanusiakan manusia dan pemperadabkan manusia (Nik Azis Nik Pa, 1997).

Maka, apakah yang perlu dilakukan dalam membuat perancangan tersebut? Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira, namun pada pandangan penulis, perkara utama dan paling asas dalam proses ini ialah perancangan itu perlu diasaskan pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang mantap serta seiring dengan cita-cita negara. Pembinaan sebuah reka bentuk pengajaran pun berasaskan pada konsep pembelajaran tertentu. Ini kerana konsep yang kukuh akan menjadi landasan kepada sebarang tindakan yang diambil. Manakala konsep yang kabur akan membuahkan tindakan yang tidak keruan.

Terdapat banyak definisi mengenai metod P&P. Gage dan Berliner (1991) mendefinisikan pembelajaran sebagai proses yang membawa kepada perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman. Ini termasuk perubahan penguasaan maklumat, fakta, konsep, prinsip, sikap, amalan, kemahiran berfikir, kemahiran melakukan kerja, perubahan tabiat, dan tingkah laku. Bagi Hamachek (1995) pembelajaran adalah proses yang melibatkan perubahan tingkah laku melalui pengalaman dan latihan. Dengan kata yang lain, pembelajaranbukan sahaja dirujuk sebagai hasi lyang diperhatikan tetapi juga kepada sikap, perasaan, dan proses intelektual yang jelas.

Hill (1971) mengatakan ahli-ahli psikologi telah membahagikan pembelajaran kepada dua bentuk iaitu: 1) Penjelasan (declarative); dan 2) Pengkaedahan (procedural). Pembelajaran-penjelasan melibatkan penghafalan dan penyimpanan maklumat sementara pembelajaran-pengkaedahan melibatkan proses penyusunan semula dan membentuk satu pola berkaitan dengan sesuatu aktiviti. Bagi Nicholls (2002) pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

Daripada pelbagai definisi di atas menunjukkan bahawa secara umunmya, pembelajaran adalah berhubung dengan bagaimana kita melihat dan memahami dunia, mengenai atau bagaimana kita making meaning (membuat membuat maksud, makna, pengertian) (Marton & Booth, 1997 dlm, Fry, Ketteridge, & Marshall, 2003). Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pengajaran & pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

3.0 KONSEP STANDARD KOMPETENSI GURU

Menutut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya sempena Hari Pekerja (2002), setiap pekerja hendaklah memiliki kemahiran, kebolehan, kecenderungan untuk berdaya saing serta keperibadian yang luhur dan bersedia menghadapi persekitaran kerja dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar (Rohana & Mohd Tahir & Mariani 2005). Ini juga berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni secara intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan cekap, yang mempunyai nilai-nilai diri tinggi, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Standard Kompetensi Guru merupakan satu penanda aras kepada standard latihan keguruan bagi melihat pencapaian dalam bidang latihan dan pendidikan guru (Sadatul 2007). Mohammed Sani (2007) menyatakan pula standard kompetensi guru merupakan satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam pelaksanaan kerja guru. (Mohammed Sani 2007).

Menurut Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM (2003), kompetensi guru dapat dibahagikan kepada:

1. Kompetensi Umum (Generic Competencies) - Meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti pengetahuan, kemahiran, ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi dalam perkhidmatannya
2. Kompetensi Khusus (Functional Competencies) - Kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai.

4.0 STRATEGI KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk mampu bersaing seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang boleh meningkatkan profesinalisme guru adalah: melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan fortopolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme secara berterrusan, perkembangan profesional ”one-line” dan aktifitas Pusat Kegiatan Guru (Boon Pon Ying 2008)

4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam Perkhidmatan

Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agar guru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.

Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.

4.2 Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah PeningkatanProfesionalisme Guru

Amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Refleksi memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif. Ia sebagai jentera untuk mereflek secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).

Dalam penulisan reflektif, Schon (1983, 1987) membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan. Kedua-dua refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal ke tahap refleksi kritikal.

Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsangkan dan melalui perbincangan dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan. Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Dalam pada itu, refleksi mempunyai nilai-nilai peribadi yang membawa kepada kepuasan intrinsik apabila guru dapat menganalisis sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu pandangan secara logik.

4.3.Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran sebagai cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Portfolio pengajaran yang mengandungi koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif dapat memperkukuhkan perkembangan diri guru. Ia menggambarkan kemahirankemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio pengajaran memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam profesionnya. Ini kerana proses perkembangan portfolio secara berterusan memberi peluang guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan pelajarnya sepanjang masa.

Apabila seseorang guru meneliti amalan pengajaran sendiri, sudah tentu amalan penelitian pengajaran sendiri meletus penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contoh-contoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik darjah. Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka; membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa, bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995; Seldin, 1997).

Dengan mengimbas balik pengalaman-pengalaman lepas dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan memikirkan penyelesaian. Guru boleh mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran untuk mencapai matlamat. Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumbersumber lain. Pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara dokumentasi professional dan refleksi peribadi (Seldin, 1997). Proses membina portfolio merangsang guru untuk memikirkan semula aktiviti pengajaran, keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknik-teknik untuk masa akan datang. Maka, portfolio pengajaran dapat membekalkan satu pangkalan data pengetahuan professional dan perkembangan diri yang bermakna dan komprehensif di kalangan warga guru. Khazanah harian ini bernilai “berlian” jika digilap tetapi bagai kaca jika disalut debu atau terbiar sahaja.
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

4.4 Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif


Satu lagi strategi guru mampu meningkatkan profesionalisme diri ialah menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu diterokai. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional.

Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang memerlukan suatu kesedaran tinggi tentang “what’s going on”, “why things are happening that way” dan “how are we going to resolve the problem”. Kesedaran tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.

4.5 Amalan Konsep “Belajar Seumur Hidup”

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .

Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan serta berpeluang untuk berkongsi ilmu, dan kemahiran dengan mereka. Program secara “on-line” merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara “on-line”. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan. Antara contoh ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris (Mohamed Amin Embi, Muhammad Kamarul Kabilan & Azmi Abdul Latiff, 2002).

4.6 Sistem Pementoran Sebagai Cara Peningkatan Diri


Satu pendekatan untuk mempertingkat tahap professional diri guru ialah sistem pementoran di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknik-teknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti pembinaan item soalan. Melalui sistem pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di tempat bertugas bagi memberi nasihat, dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Mengikut Anderson (1987), pementoran merujuk kepada :

…a nurturing process in which a more skilled or more experienced person, serving as a role model, teaches, sponsors, encourages, counsels and befriends a less skilled or less experienced person for the purpose of promoting the latter’s professional and/or personal development. Berdasarkan definisi di atas, ia membawa implikasi bahawa berlakunya proses perkembangan di mana orang yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan membawa kepada peningkatan profesionalismenya.

4.7 Diskusi di Pusat Kegiatan Guru


Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka pengalaman mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka mereflek dan membincang sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi “more thoughtful teachers”. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu, ketrampilan dan berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran seperti yang dinyatakan oleh Fullan dan Hargreaves (1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism.

5.0 KESIMPULAN

Kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran – pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.



By. ENGKIZAR SIQ, SPdI. University Kebangsaan malaysia



RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Ab. Halim Tamuri & kamarul Azmi Jasmi. 2007. Pendidikan Islam Kaedah pengajaran & Pembelajaran : penerbit Univertisi teknologi Malaysia.

Al-Bukhari. 1994. Shahih Al-Bukhari. Jilid 1-5. Beirut: Dar alFikr. Tahqiq: Syekh Abd. Aziz Abdullah.

Al-Nawawi, Imam. 2000. Mafhum: Riyadhus Shalihin. Kuala Lumpur: Bagian hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Al-Munziri, Imam Al-Hafiz Abd Al-Azim b. Abd Al-Qawi. 1990. Al-Targhib wa al Tarhib min al-Hadis al-Syarif. Beirut Dar Martabah al-Hayah, Jilid 1-2.

Gage, N. L., & Berliner, D. C. (1991). Educational psychology (5th ed.). Boston, MA: Houghton.

Hamachek, D. (1995). Psychology in teaching, learning & growth (5th ed.). Boston, MA: Allyn.

Ibnu-Mandhur, Jamal Al-Din Muhammad Ibn Mukram. 1990. Lisan al-‘Arab. Jil. 1-15. Beirut: Dar Sadir

Kamarul Azmi b. Jasmi. 2002. Paradigma Imam Al-Nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks Terhadap kitab Riyad Al-Sholihin. Universiti Malaya.


Muhammad ‘Ajjaj Al-Khatib. 1981. Usul al-Hadth ‘Ulumuhu wa Mustalahuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr