Senin, 09 November 2009

Pentingnya Islamisasi Ilmu

PENTINGNYA GERAKAN ISLAMISASI ILMU DALAM MENGAHDAPI GLOBALISASI
By Engkizar. SIQ. SPd.I
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan salah satu saluran terpenting dalam membentuk identiti
masyarakat Muslim. Konsep pendidikan Islam dikatakan sebagai gabungan antara apa yang disebut sebagai "the revealed knowledge" dan "the acquired knowledge". Perlaksanaan konsep pendidikan ini dikatakan mampu untuk membentuk kesedaran masyarakat Islam mengenai peranan mereka di dunia dan akhirat. Malahan pendidikan Islam juga merupakan satu saluran untuk menjelaskan dan memindahkan nilai-nilai ummah dalam kehidupan masyarakat Islam.

Dalam suasana menghadapi kebangkitan globalisasi, pendidikan adalah satu proses menentukan jati diri ummah, ke arah mana yang hendak dibawa oleh sistem pendidikan itu sendiri. Sistem pendidikan sekular sememangnya berjaya melahirkan golongan profesional dalam semua bidang dalam pembangunan negara kecuali dalam bidang syariah. Hal ini selari dengan pendapat Ghazali Basri (1991), fahaman dualisme yang wujud dalam sistem pendidikan di kebanyakan negara orang Islam menjadi penyebab dan sekaligus menjadi ciri utama kepada sistem pendidikan sekular.

Menurut Al-Attas. Akar permasalahan intelektual ummat Islam hari ini adalah kekeliruan mereka memahami sejumlah kata kunci seperti pandangan alam, agama, Allah s.w.t., ilmu pengetahuan, pendidikan, kebahagiaan, keadilan, kebijaksanaan, pembangunan. Oleh kerananya, menurut beliau, perpecahan dapat diselesaikan apabila terdapat kesatuan pemahaman di antara sarjana Muslim tentang idea dan konsep fundamental yang berkaitan dengan agama Islam dan peradaban ummat. Wan Mohd Nor Wan Daud (2005)
Pada dasarnya usaha pengislaman ilmu telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pada saat turunnya al-Quran dalam bahasa Arab. Al-Quran telah membawa bahasa Arab ke arah penggunaan yang lebih menenangkan dan damai sehingga merubah watak, perangai dan tingkah laku orang Arab ketika itu. Al-Quran juga merubah pandangan hidup mereka tentang alam semesta dan kehidupan dunia. Pengislaman ilmu ini diteruskan oleh para sahabat, tabi’in dan ulama-ulama sehingga umat Islam mencapai kegemilangan dalam ilmu. Oleh itu, islamisasi dalam arti kata yang sebenarnya bukanlah perkara baru. Cuma dalam konteks “kerangka operasional” pengislaman ilmu-ilmu masa sekarang dicetuskan semula oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, Al-Faruqi, Fazlur Rahman, Syed Hussein Nasr dan lain-lain. (Wan Mohd Nor Wan Daud 1998)
Persoalan mengenai pembinaan watak dan pemikiran umat Islam bukanlah sesuatu wacana pemikiran yang baru. Malah isu ini boleh dianggap sebagai perkara yang sifatnya berterusan di kalangan intelektual muslim baik di Malaysia mahupun di luar negara. Ini kerana pada dasarnya sifat masyarakat itu sendiri yang sentiasa berubah dan menginginkan pembaharuan selari dengan perkembangan semasa. Dalam keghairahan untuk membuat perubahan inilah masyarakat Islam sentiasa terdedah dengan pelbagai hambatan dan cabaran khususnya untuk mempertahankan identiti sebagai seorang muslim. Pelbagai pandangan dan gagasan telah dikemukakan oleh intelek muslim dalam usaha mempertahankan jati diri umat Islam diantaranya.

Pertama: Terdapat pandangan yang melihat bahawa untuk mengembalikan maruah umat Islam, maka proses melakukan pemurnian ilmu pengetahuan agar selaras dengan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam diberi penekanan serius (al-Attas,1979: al-Faruqi). Kedua: kalangan intelektual Muslim yang memberi penekanan kepada aspek kekalutan pemikiran hingga mengakibatkan umat Islam merasa kurang yakin untuk menjadikan Islam sebagai asas pembinaan identiti diri (al-Attas, 1979; Abdul Hamid Abu Sulayman, 1993). Ketiga: adalah kalangan intelektual Muslim yang menganalisis kelemahan umat Islam adalah akibat kesan penjajahan dari pihak kolonial Barat (Abdullah al-Ahsan, 1992)

Analisis yang dilakukan oleh al-Attas dan al-Faruqi memang sangat penting ketika hari ini kenyatan yang kita lihat dan amati bahawa, terdapat pelbagai kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami Islam seringkali berpunca daripada perbezaan dalam memahami konsep-konsep penting dalam Islam seperti: ilmu, agama, epistemologi menurut Islam. Dalam membincangkan isu krisis identiti umat Islam seperti yang diungkapkan oleh intelektual Muslim diatas, hanya satu bahagian sahaja yang akan menjadi fokus perbincangan dalam penulisan ini. Iaitu bagaimana pandangan islamisasi ilmu menurut al-Attas dan al-Faruqi.
2.0 PENGERTIAN ISLAMISASI ILMU
Islamisasi ilmu pengetahuan pertamakali dimunculkan kembali oleh Syed Hossein Nasr, pemikir muslim Amerika kelahiran Iran, tahun 60-an. Beliau menyadari akan adanya bahaya sekularisme dan modernisme yang mengancam dunia Islam, karena itulah beliau meletakkan asas untuk konsep sains Islam dalam aspek teori dan praktikal melalui karyanya Science and Civilization in Islam (1968) dan Islamic Science (1976). (Rosnani hasyim 2005) Nasr bahkan mengklaim bahwa ide-ide Islamisasi yang muncul kemudian merupakan kelanjutan dari ide yang pernah dilontarkannya.
Gagasan tersebut kemudian dikembangkan oleh Syed M. Naquib al-Attas sebagai proyek "Islamisasi" yang mulai diperkenalkannya pada Konferensi dunia mengenai Pendidikan Islam yang Pertama di Makkah pada tahun 1977. Al-Attas dianggap sebagai orang yang pertama kali mengupas dan menegaskan tentang perlunya Islamisasi pendidikan, Islamisasi sains, dan Islamisasi ilmu. Dalam pertemuan itu beliau menyampaikan makalah yang berjudul "Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and the Definition and Aims of Education". Ide ini kemudian disempurnakan dalam bukunya, Islam and Secularism (1978) dan The concepts of Education in Islam A Framework for an Islamic Philosophy of Education (1980). Persidangan inilah yang kemudian dianggap sebagai pembangkit proses Islamisasi selanjutnya.
Menurut Kamus Dewan, Islamisasi membawa erti usaha atau proses menjadikan patuh kepada atau sejajar atau sesuai dengan ajaran agama Islam. Ia juga merujuk kepada perihal mengislamkan (Kamus Dewan 1992). Sebagai tokoh penting dalam gagasan Islamisasi ilmu, al Attas melihat konsep Islamisasi Ilmu sebagai “ …pembebasan manusia, pertama daripada tradisi tahayul, mitos, animisme kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu pembebasan akal dan bahasa dari pengaruh sekularisme (Syed Muhammad Naquib Al Attas 1978). Menurutnya lagi Islamisasi merupakan proses dua hala, iaitu pembebasan diri (liberation) dan pengembalian diri (devolution) kepada kejadian asal, iaitu fitrah atau suci. Model terulung peribadi dan masyarakat Islam ialah rasulullah s.a.w serta masyarakat Islam zamannya, manakala langkah pertama Islamisasi ialah Islamisasi akal dan pemikiran iaitu melalui Islamisasi bahasa (Syed Muhammad Naquib al Attas (1978).
Manakala menurut pula al-Faruqi (1984) Islamisasi adalah usaha "untuk mendefinisikan kembali, menyusun ulang data, memikirkan kembali argumen dan rasionalisasi yang berkaitan dengan data itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran, memproyeksikan kembali tujuan-tujuan dan melakukan semua itu sedemikian rupa sehingga disiplin-disiplin ini memperkaya wawasan Islam dan bermanfaat bagi cause (cita-cita)."
Berdasarkan pendapat pemikir-pemikir gagasan ini, Islamisasi ilmu perlu berlaku dalam pelbagai konteks, antaranya Islamisasi insan dan akal pemikiran seperti yang dinyatakan oleh Al Attas, dan Islamisasi ilmu pengetahuan itu sendiri sebagaimana yang telah diungkapkan dalam pandangan AL-Faruqi iaitu kita harus kembali, menyusun ulang data, memikirkan kembali argumen dan rasionalisasi yang berkaitan dengan data itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran kearah sebenar. Penulis berpendapat Islamisasi ilmu ialah merupakan satu proses untuk menjadikan Islam sebagai satu jalan dan cara untuk mengembalikan martabat insan itu sendiri serta untuk membangunkan diri dan masyarakat serta alam sekitar secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang selaras dengan kehendak Islam itu sendiri. Di samping itu juga, Islamisasi ilmu juga merupakan satu proses penghapusan unsur -unsur yang tidak sesuai dengan al Quran dan as Sunnah, seperti unsur-unsur paham dan ideology yang dating dari bagin barat.

Penulis bersetuju dengan pendapat kedua pakar diatas, walupun ada perbezaan diantara keduanya namun secara hakiki mempunyai tujuan yang kurang lebih sama. Iaitu Islamisasi ilmu ialah satu proses untuk membebaskan diri manusia daripada perkara sekuler sama ada dari segi pemikiran ataupun tindakan kepada sumber terulung iaitu al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w yang fitrah (suci). Serta kembali menafsirkan ilmu itu sendiri sesuai dengan sifat sebenar.. Pendapat penulis ini selari dengan pendapat Taha J. al Alwani, Islamisasi ilmu adalah usaha untuk menyusun semula metodologi dan paradigma ilmu yang sedia ada supaya ia dicorakkan dan diatur oleh prinsip-prinsip yang berdasarkan kepada wahyu Ilahi (Wan Liz Ozman Wan Omar 1996). Penulis melihat perbezaan diantara keduanya hanya pada pendefinisian bahasa, dikarenakan diantara mereka hidup pada generasi yang berbeda.
3.0 MENGENALSOSOK SYED MUHAMMAD NAQUIB Al-ATTAS
Syed Muhammad Naquib ibn Ali ibn Abdullah ibn Muhsin al Attas lahir pada 5 September 1931 di Bogor, Jawa Barat. Salasilah keluarganya dapat dikesan sehingga seribu tahun lepas melalui salasilah Sayyid dalam keluarga Ba’lawi di Hadramaut dengan salasilah sampai kepada Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad s.a.w. Ibunda Syed Muhammad Naquib iaitu Syarifah Raquan al Aydarus, berasal dari Bogor, Jawa Barat dan merupakan keturunan Ningrat Sunda di Sukapura. Daripada pihak bapanya, nenda Syed Muhammad Naquib bernama Syed Abdullah ibn Muhsin ibn Muhammad al Attas merupakan seorang wali yang terkenal bukan sahaja di Indonesia, bahkan sehinggalah ke Arab Saudi. Neneknya, Ruqayah Hanum, adalah wanita Turki berdarah aristokrat berkahwin dengan Ungku Majid yang merupakan adik Sultan Abu Bakar Johor. Syed Muhammmad Naquib merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Latar belakang keluarganya memberinya pengaruh yang besar dalam pendidikan awal beliau. Daripada keluarganya di Bogor, al Attas memperolehi pendidikan dalam bidang ilmu-ilmu keislaman, sedangkan daripada keluarganya di Johor, dia memperolehi pendidikan yang bermanafaat dalam mengembangkan dasar-dasar bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu. Syed Muhammad Naquib banyak menghabiskan usia mudanya dengan membaca dan mendalami manuskrip-manuskrip sejarah, sastera dan agama serta buku-buku klasik Barat dalam bahasa Inggeris.

Setelah tamat sekolah menengah pada tahun 1951 beliau mendaftar di rejimen Melayu sebagai kadet dan menyambung di Eton Hall, Chester, Wales kemudian di Royal Military Academy, Sandhurst England (1952-1955). Selain mengikuti pendidikan ketenteraan, al Attas juga sering pergi ke negara Eropah lain terutama Sepanyol dan Afrika Utara untuk mengunjungi tempat-tempat yang terkenal dengan tradisi intelektual, seni dan gaya bangunan keislamannya. Setelah tamatnya latihan di Sandhurst, al Attas ditugaskan sebagai pegawai di rejimen tentera kerajaan Malaya. Namun minatnya dalam dunia ilmu pengetahuan mendorongnya untuk berhenti secara sukarela dan berkhidmat di Universiti Malaya pada tahun 1957-1959. Beliau banyak menulis buku antaranya Rangkaian Ruba’iyat dan bukunya yang kedua iaitu Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays melayakkannya mendapat biasiswa selama tiga tahun oleh pemerintah Kanada melalui Canada Council Fellowship. Al Attas mendapat ijazah Sarjana daripada Univesiti McGill, Montreal. Pada tahun 1965 beliau mendapat ijazah PHDnya di universiti London. Beliau menjadi Dekan Fakulti Pengajian Melayu di Universiti Malaya dari tahun 1968-1970. Pada tahun 1970 beliau bertugas sebagai salah seorang pengasas utama UKM, beliau berusaha menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di UKM dengan bahasa Melayu. Beliau juga ikut mengkonseptualisasikan dasar-dasar falsafah UKM dan mempelopori penubuhan Fakulti Sains dan Pengajian Islam. Al Attas telah menulis 26 buah buku dan monograf, lebih empat ratus artikel serta ceramah-ceramah ilmiah (Wan Mohd Nor Wan Daud 2005).
4.0 MENGENALSOSOK ISMAIL RAJI Al-FARUQI
Nama sebenarnya ialah Ismail Ragi al Faruqi. Beliau berbangsa Arab dari keturunan Umar Al Khattab (Mohayuddin Yahya 1986) Beliau dilahirkan di Yaffa/Yaffna Palestin pada 1 Januari 1921 M. Berasal dari kalangan keluaarga terkenal . Beliau mendapat pendidikan awal di masjid dan melanjutkan pelajaran ke college des frères (st Joseph) dari tahun 1926 hingga 1936, iaitu kolej yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar (Qurayshi, M. Tariq 1987). Kepelbagaian sistem pendidikan ini memberinya peluang yang baik untuk mengalami budaya yang berbeza. Pendidikan awalnya yang cemerlang, keturunan yang baik-baik dan reputasinya sebagai seorang pemuda yang berkebolehan telah membawa Al Faruqi ke kancah politik di awal usia 24 tahun. Beliau telah dilantik menjadi gabenor Wilayah Galilee. Namun begitu belum sempat beliau memantapkan karier politiknya, al Faruqi terpaksa meninggalkan tanah airnya kerana tertubuhnya Israel.

Beliau berhijrah ke Amerika pada tahun 1948, al Faruqi terpaksa meninggalkan negaranya disebabkan penjajahan dan perluasan wilayah yang dilakukan oleh Israel. Keadaan ini menyebabkan beliau menjadi seorang pemuda yang insaf dengan kemusnahan yang berlaku ke atas tanah airnya, apatah lagi melihat bangsanya dibunuh dan hak asasi manusia dicabuli. Keadaan ini telah mempengaruhinya dan menjadikannya seorang yang bersifat kritis. Di Amerika, al Faruqi mendalami bidang Falsafah dan Perbandingan Agama. Beliau memperolehi ijazah Sarjana falsafah di universiti Havard. Al Faruqi kemudian menyambung ke peringkat doktor falsafah dalam bidang falsafah Barat di Unversiti Indiana.Beliau seterusnya mendalami bidang agama di universiti al Azhar kerana ia merasakan bidang falsafah tidak boleh menyelesaikan semua persoalan hidupnya. Beliau banyak terlibat dalam aktiviti intelektual di banyak negara seperti Pakistan, Mesir, Libya, Afrika Selatan, Filipina Amerika dan juga Malaysia. Al Faruqi merupakan seorang pemikir Islam zaman moden yang terkenal (Ensiklopedia Indonesia 1992).
5.0 ANALISA PANDANGAN ISLAMISASI ILMU MENURUT Al-ATTAS DAN AL-FARUQI
Ketika mendengar istilah Islamisasi Ilmu pengetahuan, ada sebuah kesan bahwa ada sebagian ilmu yang tidak Islam sehingga perlu untuk diislamkan kembali. untuk mengislamkannya maka diberikanlah kepada ilmu-ilmu tersebut dengan label "Islam" sehingga kemudian muncullah istilah-istilah ekonomi Islam, kimia Islam, fisika Islam dan sebagainya. Bahkan ada sebagian orang yang ceroboh menganggap Islamisasi sebagai suatu proses yang berkaitan dengan objek-objek eksternal, kemudiannya mengaitkannya dengan komputer, kereta api, mobil bahkan bom Islam.
Pada tingkat yang lebih tinggi lagi, ada yang terbelenggu oleh pandangan dualistis, memberikan perhatian yang sedikit sekali pada pengembangan yang telah dilakukan oleh para cendikiawan dan pemikir muslim, mereka lebih tertarik melakukan pengembangan institusi-institusi, seolah-olah institusi-institusi tersebut dapat didirikan dengan baik tanpa para cendikiawan dan pemikir yang mempunyai ide islamisasi ilmu itu sendiri di dalamnya.
Pandangan al-Attas tentang islamisasi dalam (Wan Mohd Nor Wan Daud 1998) adalah pembebasan manusia dari tradisi magis, mitologis, animistis, kultur-nasional (yang bertentangan dengan Islam) serta dari belengu paham sekuler terhadap pemikiran dan bahasa…Juga pembebasan dari kontrol dorongan fisiknya yang cenderung sekuler dan tidak adil terhadap hakikat diri atau jiwanya, sebab manusia dalam wujud fisiknya cenderung lupa terhadap hakikat dirinya yang sebenarnya, dan berbuat tidak adil terhadapnya. Islamisasi adalah suatu proses menuju bentuk asalnya yang tidak sekuat proses evolusi dan devolusi.
Ini artinya dengan Islamisasi ilmu pengetahuan, umat Islam akan terbebaskan dari ikatan-ikatan serta segala sesuatu perkara yang bertentangan dengan Islam, sehingga timbul keharmonian dan kedamaian dalam dirinya, sesuai dengan fitrahnya. Jadi tegasnya dapat penulis simpulkan bahawa,. Islamisasi ilmu hendaknya diserapkan dengan unsur-unsur dan konsep utama Islam dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai asas epistemology ilmu dari yang sekecil-kecilnya.
Manakala menurut Menurut (al-Faruqi 1984) Islamisasi adalah usaha "untuk mendefinisikan kembali, menyusun ulang data, memikirkan kembali argumen dan rasionalisasi yang berkaitan dengan data itu, menilai kembali kesimpulan dan tafsiran, memproyeksikan kembali tujuan-tujuan dan melakukan semua itu sedemikian rupa sehingga disiplin-disiplin ini memperkaya wawasan Islam dan bermanfaat bagi cause (cita-cita)."
Maka Secara umum dapat dimaknai bahawa, Islamisasi dalam pengertian al-Faruqi adalah sesuatu ilmu tersebut dimaksudkan untuk memberikan respon positif terhadap realitas ilmu pengetahuan modern yang sekularistik dan Islam yang terlalu religius, seerta untuk menuangkan kembali keseluruhan khazanah pengetahuan umat manusia menurut wawasan Islam, alam model pengetahuan baru yang utuh dan integral tanpa ada pemisahan di anta ilmu dunia dan akhirat.
Jika diamati serta dianalisa, walaupun cukup banyak persamaan yang terdapat di antara keduanya, dalam beberapa hal, secara prinsip, mereka berbeda. Untuk mensukseskan proyek Islamisasi, al-Attas sebenarnya lebih menekankan kepada subjek daripada ilmu, yaitu manusia, dengan melakukan pembersihan jiwa dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji, sehingga dalam proses Islamisasi ilmu tersebut dengan sendirinya akan terjadi transformasi pribadi serta memiliki akal dan rohani yang telah menjadi Islam secara kaffah.
Akan tetapi al-Faruqi lebih menekankan pada objek Islamisasi yaitu disiplin ilmu itu sendiri. Hal ini menurut analisa penulis mungkin saja menimbulkan masalah, khususnya ketika berusaha untuk merelevansikan Islam terhadap sains modern, karena bisa saja yang terjadi hanyalah proses labelisasi atau ayatisasi semata. Islam tidak tumbuh secara alami sejarah kegemilangannya dahulu, bahkan akan semakin terbelakang dengan hanya memakai yang telah semula jadi, bukan mencari sesuatu penemuan yang baru dalam ilmu pengetahuan itu sendiri.
Jika dianalisa dan dicermati maka dalam beberapa hal, antara al-Attas dengan al-Faruqi mempunyai kesamaan pandangan, seperti pada tataran: epistemologi mereka sepakat bahwa ilmu tidak bebas nilai (value free) tetapi terikat (value bound) dengan nilai-nilai yang diyakini kebenarannya. Mereka juga sependapat bahwa ilmu mempunyai tujuan yang sama yang konsepsinya disandarkan pada prinsip metafisika, ontologi, epistemologi dan aksiologi dengan tauhid sebagai kuncinya. Mereka juga meyakini bahwa Allah adalah sumber dari segala ilmu dan mereka sependapat bahwa akar permasalahan yang dihadapi umat Islam saat ini terletak pada sistem pendidikan yang ada, khususnya masalah yang terdapat dalam ilmu kontemporer. Dalam pandangan mereka, ilmu kontemporer atau sains modern telah keluar dari jalur yang seharusnya. Sains modern telah menjadi "virus" yang menyebarkan penyakit yang berbahaya bagi keimanan umat Islam sehingga unsur-unsur buruk yang ada di dalamnya harus dihapus, dianalisa, dan ditafsirkan ulang sesuai dengan nilai-nilai dan ajaran Islam.
Pandangn di atas dilontarkan juga oleh Imad al Din Khalil (1991) menyatakan konsep Islamisasi ilmu sebagai “….melatih atau melakukan aktiviti keilmuan seperti menemui maklumat, mengumpulkan, menyatukan, menghubungkan dan menerbitkannya atau menyebarkannya berdasarkan konsep atau pandangan Islam terhadap alam, kehidupan dan manusia. Menurut Khalil lagi, Islamisasi ilmu bukanlah semata-mata penyesuaian antara ilmu dan tuntutan amalan syariah bahkan ia juga bermaksud semua aktiviti intelektual manusia mestilah beroperasi serentak pada dua peringkat iaitu teori dan praktikal agar semua kegiatan keilmuan tersebut terbentuk dalam lingkungan iman, sesuai dengan tuntutan dan persepsi yang universal ( Imad Al Din Khalil 1994).
Walaupun cukup banyak persamaan yang terdapat di antara keduanya, dalam beberapa hal, secara prinsip, mereka berbeda. Untuk mensukseskan proyek Islamisasi, al-Attas lebih menekankan kepada subjek daripada ilmu, yaitu manusia, dengan melakukan pembersihan jiwa dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji, sehingga dalam proses Islamisasi ilmu tersebut dengan sendirinya akan terjadi transformasi pribadi serta memiliki akal dan rohani yang telah menjadi Islam secara kaffah. Sedangkan al-Faruqi lebih menekankan pada objek Islamisasi yaitu disiplin ilmu itu sendiri. Hal ini mungkin saja menimbulkan masalah, khususnya ketika berusaha untuk merelevansikan Islam terhadap sains modern, karena bisa saja yang terjadi hanyalah proses labelisasi atau ayatisasi semata
Terdapat juga perbedaan yang cukup mencolok mengenai ruang lingkup yang perlu diislamkan. Dalam hal ini, al-Attas membatasi hanya pada ilmu-ilmu pengetahuan kontemporer atau masa kini manakala al-Faruqi meyakini bahwa khazanah keilmuan Islam masa lalu juga perlu untuk diislamkan kembali sebagaimana yang telah dia canangkan di dalam kerangka kerjanya. Dan satu hal lagi, dalam metodologi bagi proses Islamisasi ilmu, al-Attas berpandangan bahwa definisi Islamisasi itu sendiri telah memberi panduan kepada metode pelaksanaannya di mana proses ini melibatkan dua langkah sebagaimana telah dijelaskan sebelumnya. Sedangkan bagi al-Faruqi, hal itu belumlah cukup sehingga ia merumuskan suatu kaedah untuk Islamisasi ilmu pengetahuan berdasarkan prinsip-prinsip pertamanya yang melibatkan 12 langkah yang mesti ditempuh.
Al Attas telah menyentuh panjang lebar tentang konsep konsep penting yang berkaitan dengan sifat dan tujuan ilmu dari pandangan Islam. Islamisasi perlu dilakukan kerana ilmu yang disebar ke seluruh dunia bukan ilmu yang benar, tetapi ilmu yang telah disaluti dengan sifat dan peribadi kebudayaan Barat. Kebudayaan Barat yang dihasilkan melalui ilmu mereka telah menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan. Unsur-unsur dari kebudayaan Barat yang sekuler itu perlu dikenalpasti, disaring dan dipisahkan dari peradaban Barat kerana ilmu itu bukan ilmu yang benar (Syed Muhammad Naquib Al Attas 1979). Selepas proses penyaringan ilmu dilakukan, maka proses selanjutnya adalah melakukan perumusan dan penyepaduan unsur-unsur Islam yang penting dan konsep-konsep yang penting yang dapat menghasilkan gubahan yang mengandungi teras ilmu yang digunakan oleh semua peringkat pengajian. Teras ilmu bagi al Attas hendaklah mengandungi ramuan-ramuan yang berkaitan dengan sifat semulajadi manusia, sifat agama (diri) dan penglibatan manusia di dalamnya, ilmu, kebijaksanaan dan keadilan berhubung dengan manusia dan agamanya serta sifat amalan yang benar. Semua ini dirujuk kepada konsep tauhid, wahyu, syariah, sirah Rasulullah, tasawwuf, falsafah Islam, ilmu etika dan bahasa Arab (Syed Muhammad Naquib al Attas 1979).

Sesetengah sarjana Muslim berpendapat bahawa proses Islamisasi ilmu tidak sesuai digunakan dalam semua bidang ilmu. Ini kerana proses Islamisasi ilmu tidak memasukkan ilmu tradisional Islam kerana ia bersumberkan al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak mungkin berubah. Oleh itu frasa ‘Islamisasi ilmu semasa’ atau ‘Islamisasi ilmu masa kini’ lebih tepat untuk digunapakai apabila merujuk kepada ilmu moden. Al Attas adalah salah seorang tokoh yang menggunakan istilah ‘Islamisasi ilmu semasa’ dengan konsisten berbanding hanya menggunakan Islamisasi ilmu secara umum. Ini disebabkan beliau tidak memasukkan ilmu Islam dalam skop Islamisasi ilmu. Al Faruqi pula lebih cenderung untuk menggunakan istilah ‘Islamisasi ilmu moden’ ataupun ‘Islamisasi disiplin ilmu’ dalam menyampaikan pemikirannya mengenai gagasan Islamisasi ilmu ( Rosnani Hashim & Imron Rossidy 2000). Pengislaman ilmu dari perspektif al Faruqi membawa maksud penyatuan atau pengabungan antara dua sistem iaitu membawa pengetahuan Islam ke pengetahuan Moden dan pengetahuan moden ke dalam sistem Islam (Ilyas Ba Yunus 1988). Bukan sekadar itu sahaja, Islamisasi ilmu juga bermakna mengislamkan disiplin - disiplin moden dan menghasilkan buku-buku rujukan universiti.(al Faruqi 1982)

Kesimpulan yang dapat dibuat penulis ialah terdapat perbezaan pendapat di antara al Attas dengan al Faruqi berkaitan dengan konsep Islamisasi ilmu, di mana al Attas berpendapat untuk mengislamisasikan ilmu perlu kepada proses kenal pasti budaya barat yang menyelubungi budaya Islam dan seterusnya memisahkan dari budaya Islam manakala al Faruqi pula berpendapat kita perlu menggabungkan antara kedua ilmu Islam dan Barat.

Al Attas menjelaskan Islamisasi ilmu hanya melibatkan dua proses yang saling berhubungan iaitu proses memisahkan unsur dan kefahaman asas yang membentuk kebudayaan dan peradaban Barat daripada setiap cabang ilmu pengetahuan masa kini, khususnya ilmu humaniora. Manakala ilmu sains fizika harus diislamisasikan dalam lingkup interpretasi fakta dan formulasi teori. Al Attas menyarankan agar umat Islam bersifat kritis dalam menilai dan menguji kaedah, konsep, teori serta nilai yang terdapat dalam ilmu moden. Proses yang kedua ialah memasukkan unsur-unsur Islam dan kefahaman asas ke dalam setiap cabang ilmu pengetahuan masa ini yang relevan. Langkah yang kedua ini mensyaratkan pemahaman yang mendalam tentang bentuk jiwa dan sifat-sifat Islam sebagai agama, kebudayaan dan peradaban, juga tentang kebudayaan dan peradaban Barat. Ini adalah kerana, dengan pemahaman yang mendalam terhadap perkara yang disebutkan di atas, setiap maklumat atau idea daripada sumber apapun dapat diislamisasikan dan diletakkan di tempat yang sesuai dan tepat selaras dengan pandangan alam Islam tentang kebenaran dan realiti (Wan Mohd Nor Wan Daud 2005).

Dalam menghuraikan perhubungan kedua-dua proses yang disarankan oleh al Attas ini, dapat disimpulkan prinsip-prinsip khusus yang dipegang oleh al Attas iaitu Islamisasi ilmu pengetahuan adalah kerja-kerja kognitif dan spiritual yang terjadi secara bersamaan tanpa ada selang waktu. Memisahkan unsur yang tidak Islami dan memasukkan unsur Islami berjalan secara serentak. Seseorang yang menjalankan proses Islamisasi harus terlebih dahulu memiliki pemahaman yang mendalam tentang pandangan alam Islam mengikut semua unsur dan konsep kuncinya. Islamisasi ilmu adalah suatu proses penting yang banyak persamaannya dengan kalimah syahadah. Pemisahan konsep Barat yang tidak Islamik daripada bidang pengetahuan, tidak bererti konsep Barat itu seluruhnya tidak berguna (Wan Mohd Nor Wan Daud 2005 ).

Dalam metodologi beliau, telah ditegaskan bahawa ilmu bukanlah semata-mata bersumberkan pemikiran dan pengalaman manusia, tetapi juga harus sentiasa dipimpin oleh wahyu. Oleh yang demikian, Islamisasi ilmu semasa hanya dapat dapat diterima apabila ia berada dalam kerangka kerja Islam. Selain itu, al Attas juga memperincikan dan menjelaskan beberapa konsep dasar Islam yang harus dimasukkan ke dalam setiap ilmu yang dipelajari oleh umat Islam. Konsep dasar Islam yang dimaksudkan termasuklah konsep din, manusia (insan), ilmu (ilm dan macrifah), keadilan, amal dan adab serta semua istilah dan konsep yang berhubungan dengan semua itu (Wan Mohd Nor Wan Daud 2005). Konsep-konsep asas ini pula mestilah berhubung dengan tauhid, syariah, sirah, sunnah dan juga sejarah (tarikh) selain merujuk kepada elemen tasawwuf, falsafah Islam, akhlak dan adab selain memahami Bahasa Arab dan pandangan alam Islam secara umum ( Rosnani Hashim 2000).

Rumusan yang dapat dibuat penulis, sesuatu yang menjadi asas Islam dalam ilmu mestilah meliputi konsep keilmuan, keadilan, kemanusiaan yang berasaskan aqidah, syariah, muamalah dan ahklak Islam. Di samping itu juga kita perlu memahami bahasa Arab secara mendalam juga perlu kerana ia merupakan bahasa Al Quran yang merupakan sumber utama ilmu pengetahuan serta perlu juga mengambil kira pandangan ilmuan Islam secara umum.

Manakala konsep metodologi yang dicadangkan oleh Al Faruqi, dapat dinyatakan bahawa proses Islamisasi ilmu adalah pembentukan dan penstrukturan semula seluruh bidang ilmu manusia secara tertib dan sistematik (Abd. Rashid Moten 2006). Namun begitu, sebelum diterangkan langkah-langkah Islamisasi ilmu satu per satu, Al Faruqi meletakkan lima prinsip utama yang menjadi asas dalam Islamisasi ilmu iaitu pertama ialah Keesaan kepada Allah. Prinsip utama dalam Islam ialah mengakui bahawa Allah itu Maha Esa, Pencipta sekalian alam dan Maha adil. Segala amalan yang dilakukan oleh setiap Muslim wajib diikhlaskan semata-mata kepadaNya. Kedua ialah kesatuan Alam Semesta, seluruh alam ini dijadikan oleh Allah yang Maha Esa. Allah mencipta manusia dan alam ini berserta peraturan-peraturan dan perundanganNya sebagai panduan kepada manusia. Semua ciptaan Allah adalah untuk kesenangan hidup manusia. Sehubungan dengan itu manusia hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan tanda kesyukuran ialah dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Ketiga ialah Kesatuan Kebenaran dalam Ilmu Pengetahuan. Kesatuan dalam kebenaran diterima berikutan dari keesaan Allah. Jika Allah adalah Esa, maka kebenaran juga adalah nyata dan Haq. Ini adalah kerana Allah mengetahui kebenaran dan menyatakan dalam wahyu. Maka dengan itu, wahyu tidak akan bercanggah dengan akal dan realiti atau fakta. Seandainya berlaku percanggahan, ia bermakna berlaku kesilapan manusia dalam menyelidik, mengkaji dan memahami wahyu. Manakala keempat pula Kesatuan Kehidupan. Dalam Islam, manusia dijadikan dengan tujuan untuk mengabdikan diri pada Allah. Orang yang memikul amanah Allah merupakan khalifah ataupun wakil Allah di dunia. Matlamatnya adalah supaya manusia dapa membina tamadun dan kebudayaan. Manakala yang terakhir ialah Kesatuan Kemanusiaan. Perbezaan manusia dari segi warna kulit, rupa dan bangsa tidak menjadi ukuran Allah. Setiap manusia sama di sisi Allah Taala.Manusia yang tinggi darjat di sisi Allah ialah orang yang bertakwa (Al faruqi 1991).

Terdapat persamaan pendapat diantara kedua tokoh ini berkaitan Ilamisasi ilmu, di mana Al Attas dan Al Faruqi bersetuju meletakkan tauhid sebagai syarat utama. Al Attas menyatakan hal ini dalam pandangan beliau mengenai prinsip asas yang perlu ada untuk perlaksanaan Islamisasi ilmu iaitu Tauhid kepada Allah, manakala al Faruqi menegaskan ini dalam lima prinsip kesatuan yan penting untuk mendasari Islamisasi Ilmu( Rosnani Hashim 2000). Begitu juga dengan Islamisasi bahasa, menurut al Attas dan al Faruqi, bahasa Arab telah diislamisasikan oleh al Quran yang menyebabkan perubahan pandangan alam umat Arab Islam berbanding Arab Jahiliyah (Wan Mohd Nor Wan Daud 1991, al Faruqi 1982). Mereka juga bersependapat berkaitan dengan masalah ummah berpunca dari sistem pendidikan dualisme di negara-negara Islam ( Ahmad Mohamad Said 1996 , Al Faruqi 1991). Di samping itu juga, al Attas dan al Faruqi berkongsi pandangan bahawa Allah adalah sumber ilmu pengetahuan dan ilmu adalah asas kepada keimanan (Mohd Nasir Omar 2005, Al Faruqi 1991).

Perbezaan paling ketara antara kedua tokoh ini adalah dari sudut metodologi yang digunakan. Al Attas mementingkan pengasingan dan pembuangan unsur sekular dari ilmu moden. Itu merupakan langkah yang pertama dalam metodologi beliau. Beliau tidak bersetuju dengan metodologi al Faruqi yang meliatkan proses integrasi antara ilmu Islam dan ilmu barat, dengan harapan ilmu Barat diislamisasikan dan konsep Islam dapat dimodenkan (Rosnani Hashim dan Imron Rossidy 2006 ).

Pada asalnya, al Faruqi menyiapkan 12 langkah sebagai memenuhi tuntutan Islamisasi Ilmu iaitu penguasaan disiplin ilmu moden, tinjauan disiplin ilmu, penguasaan warisan ilmu Islam , penguasaan warisan ilmu Islam, penentuan penyesuaian Islam khusus terhadap disiplin ilmu, penilaian kritikal terhadap disipin ilmu moden, penilaian kritikal terhadap warisan ilmu, kajian masalah utama umat Islam, kajian tentang masalah yang dihadapi oleh umat manusia, analisis kreatif dan sintesis, membentuk semula disiplin ilmu moden ke dalam rangka kerja Islam dan penyebaran semula ilmu yang dihasilkan (Al Faruqi 1991).

6.0 RUMUSAN

Proses Islamisasi ilmu merupakan satu proses yang amat penting dalam dunia pendidikan Islam kerana proses ini dapat mengembalikan martabat atau kedudukan ilmu Islam di tempat yang sepatutnya. Proses Islamisasi ilmu yang telah meletakkan tauhid kepada Allah s.w.t sebagai syarat utamanya menjamin proses tersebut berjalan berlandaskah wahyu Ilahi. Proses Islamisasi juga perlu dilaksanakan dengan penuh ketelitian agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Tugas untuk melaksanakan integrasi tersebut iaitu antara ilmu Islam dan Barat bukanlah bererti mencampurkan secara bebas di antara pengetahuan klasik Islam dengan pengetahuan moden Barat, tetapi ia adalah satu proses yang amat sistematik dan pembinaan kembali pengetahuan manusia mengikut ciri dan kategori baru yang diambil dan diasaskan dari pandangan Islam. Apa yang perlu diislamkan bukanlah sains sosial atau sains tetapi falsafah yang mendasari ilmu-ilmu tersebut, ini adalah kerana ilmu-ilmu tersebut pada dasarnya adalah suci dan Islamik. Ilmu-ilmu tersebut bukan sahaja harus diinterpretasikan mengikut kehendak landasan Islam bahkan mesti mengikut kehendak wahyu Ilahi.

RUJUKAN
Abd. Rashid Moten, 2006. Approaches to Islamization of Knowledge: A Review. Pnyt.Mohd Yusof Hussain. Islamization of Human Sciences. Kuala Lumpur :Research Centre,IIUM.

Abubaker A. Bagader.1983. Islamisasi Ilmu Sosial. Terj.Muchtar Kuala Lumpur: ABIM

Ahmad Abdul Rahim Al Sayeh.1991. Makrifat dalam Islam: Antara Ketulenan dan Aliran
Semasa. Terj. Ismail Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa pustaka.

Ahmad Mohamad Said. 1996. Dualisme dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Bhgn Dakwah dan Kepimpinan KPM

Al Faruqi. 1991. Pengislaman Ilmu. Terj. Mustaffa Kasim. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al Faruqi.1982. Islamization of knowledge: General Principles and Workplan .Virginia.
International Institute of Islamic Thought

Ensiklopedia Indonesia.1992.Penerbit Djambatan

Ghazali Basri. 1991. Pendidikan Dalam Sistem Pendidkan Kebangsaan: Satu Analisis. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid IV, Bil. III, ABIM.

Ilyas Ba Yunus. 1988.Al Faruqi and Beyond: Future Directions in Islamization of Knowledge. The American Journal of Social Sciences. 5(1) . 19

Kamus Dewan. 1992: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalil, Imad Al Din. 1991. Islamization of Knowledge: a Methodology. Herndon: International International Institute of Islamic Thought.

Khalil, Imad Al Din. 1994. Pengantar Islamisasi Ilmu Pengetahuan dan sejarah. Terj. Chairul Halim. Jakarta : Penerbit Media Dakwah

Mohayuddin Yahya . 1986. Ensiklopedia Sejarah Islam . Bangi: Penerbit UKM

Mohd Idris Jauzi .1990. Faham Ilmu: pertumbuhan dan implikasi. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

Mohd. Nasir Omar. 2005 .Gagasan Islamisasi Ilmu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Qurayshi, M. Tariq. 1987. Ismail Ragi Al Faruqi: an Enduring Legacy cet.2 Indiana. MSA Publication

Rosnani Hashim & Imron Rassidy. 2000. Islamization of Knowledge: A Comparative Analysis of Conceptions of Al Attas and Al Faruqi. Intellectual Discourse Journal. 8(1) .19-44.

Siddiq Fadil. 1985. Pengislaman Ilmu - Peranan Para Cendekiawan. Jurnal pendidikan Islam. 3. 40. Kuala Lumpur : ABIM Malaysia

Syed Muhammad Naquib al Attas .1978.Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Syed Muhammad Naquib Al Attas.1979. Aims and Objectives of Islamic Education. Jeddah: King Abdul Aziz University

Wan Liz Ozman Wan Omar . 1996.Pengurusan Islam Abad ke 21. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Wan Nor Wan Daud,1991, Penjelasan budaya Ilmu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005.Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Najib Al Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi.Kuala Lumpur: Penerbit Univesiti Malaya)

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

silakan berikan komentar terhadap blog ini